JENIS-JENIS POKOK HIASAN
Blog ini akan menerangkan kepada pembaca semua bahawa pokok hiasan mempunyai pelbagai jenis rupa dan sifat yang berlainan. Berasaskan kelainan ini ia boleh dikelompokan kepada benerapa jenis:
i. Pokok jenis Palma
· Pokok palma adalah pokok dari famili Palmae.
· Biasanya ia mempunyai satu batang yang diakhiri oleh sejambak daun.
· Contohnya Pinang Raja (Cyrtostachys lakka) dan pokok kelapa gading (Cocos nucifera) : Contohnya jenis palma . Rujuk rajah 1 : Pinang merah
ii. Pokok Teduhan
· Pokok teduhan adalah pokok yang ditanam untuk dijadikan tempat teduhan.
· Ditanam di pinggir jalan atau di kawasan taman untuk berehat.
· Pokok –pokok ini boleh dibiakan melalui biji benih, keratan batang atau cantuman.
· Contoh nya pokok tembusu (Fragrea fragrans) dan pokok tulang daing (Milletia atropurpurea). : Pokok Tembesu
iii. Pokok Renek
· Pokok yang mempunyai banyak batang , tumbuh dari pangkal hingga keatas.
· mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter.
· Pokok renek dibahagikan kepada 3 jenis:
a. Pokok renek berdaun
b. Pokok renek berbunga
c. Pokok pagaran.
a. Pokok renek berdaun
· Biasanya tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang cantik
· contohnya pokok akalipa kuning (Acalypha hispida) dan pokok puding (Codiaeum sp). : Contoh pokok renek berdaun
b. Pokok renek berbunga
· Biasanya mempunyai bunga-bunga yang berwarna menarik atau berbau harum.
· Ia boleh ditanam secara tunggal atau berkelompok.
· Contohnya bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) dan pokok bunga kertas (Bougainvillea sp). : Contoh Pokok Renek Berbunga
c. Pokok pagaran
· Pokok renek yang ditanam rapat-rapat di dalam barisan
· Dijadikan sebagai pemisah atau penanda kawasan disamping sebagai penghias.
· Pertumbuhan daun dan rantingnya rapat dan membentuk seperti pagar.
· Pokok pagaran boleh dibiarkan tumbuh mengikut bentuk semula jadi atau boleh dipangkas mengikut bentuk topian.
· Boleh dibiakkan melalui biji benih, kerata batang atau cantuman.
· Kaedah penanaman tunggal adalah dengan menggali lubang berukuran 0.5 x 0.5 x 0.3 meter.
· Kaedah penanaman pagaran saiz lubang 0.3m dalam x 0.5m lebar x panjang mengikut dikehendaki. Lubang di isi tanah campuran dan pokok renek tanam padanya.
· Contoh pokok pagaran, pokok daun teh (Ehretia microphylla) dan pokok jejari hantu (Alternanthera elliptica). : Contoh Pokok Pagaran
iv. Tanaman Hiasan Tumbuhan Memanjat dan Tumbuhan Menjalar
a. Tanaman hiasan tumbuhan memanjat.
Mempunyai 2 jenis :
i. Ia mempunyai tenderil dan pencaku tendril digunakan untuk memanjat atau membelit sokongan, sebahagian pula ada mempunyai akar yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.
· Contohnya pokok nyonya makan sirih (Clerodendron thomsonae) dan pokok bunga kembang songsang atau kembang pagi (Gloriosa superba) .Rujuk gambar 6: Contoh Tumbuhan memanjat mempunyai tendril
ii. Tumbuhan memanjat jenis scandent shrubs ialah tanaman hiasan yang tumbuh tegak terapi boleh memanjat jika mendapat sokongan dari pokok lain.
· Contohnya pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan pokok petrea (Petrea volubilis). Rujuk gambar 7 : Contoh Tumbuhan Memanjat jenis renek
b. Tanaman hiasan Tumbuhan menjalar.
· Tumbuhan ini hanya tumbuh melata .
· Contohnya Hemigraphis (Hemigraphis colorata) dan bunga Ros Jepun (Portulaca grandiflora). Rujuk gambar 8: Contoh tumbuhan menjalar
Untuk memberi pendedahan kepada pembaca yang dimuliakan , di bawah ini di sajikan berbagai jenis tanaman hiasan menarik di Cameron Highlandas

No comments:
Post a Comment