Wednesday, 16 December 2015

TEKNIK PENYENGGARAAN TANAMAN/TUMBUHAN LANDSKAP


Tumbuhan landskap mesti disenggara dengan baik agar pertumbuhannya terus segar sepanjang masa. Semua kerja-kerja penyenggaraan boleh dibuat secara bersendirian atau diupahkan kepada orang atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu. Sebagai contoh, sebaik-baiknya kerja-kerja pembajaan dilakukan secara berkala yang menjadikan tumbuhan tersebut sentiasa menerima nutrien sepanjang masa.


Diantara kerja-kerja penyenggaraan yang mesti dilakukan ialah:

  •  Penyiraman - Dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja penanaman selesai. Air siraman hendaklah mengenai pokok dan tanah penanaman. Air siraman hendaklah menyerap sedalam 13 – 15 cm ke dalam tanah. Umumnya penyiraman dilakukan dua kali sehari untuk pokok dalam bekas iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Apabila pokok telah dewasa, kadar penyiraman bolehlah dikurangkan atau diberhentikan.

  • Merumpai - Aktiviti ini perlu dilakukan dari masa ke semasa. Merumpai menjadikan kawasan landskap kelihatan kemas, teratur dan menjauhkan tumbuhan daripada serangan penyakit. Merumpai boleh dilakukan dengan tangan atau mengguanak peraltan khas.

  • Pembajaan - Pembajaan yang seimbang dan betul menghasilkan tumbuhan landskap sihat dan subur. Pastikan tujuan membaja samaada untuk pengeluaran bunga, buah atau daun. Baja tinggi nitrogen untuk berdaun cantik. Baja tinggi fosfat dan potash untuk menghasilkan bunga dan buah. Pembajaan hendaklah mengikut masa yang telah dijadualkan.

  • Pemangkasan - Pemangkasan dilakukan dengan membuang tunas-tunas liar, dahan yang tumbuh tidak teratur dan dahan-dahan yang telah rosak. Ia bertujuan; membentuk pokok, membuang dahan mati, berpenyakit, dan yang tidak diperlukan, merangsang pertumbyhan tunas, bunga atau buah, meninggikan nilai estetika, dan memberi keseimbangan pada pokok supaya tidak rebah. Ada tiga jenis; pemangkasan membentuk, pemangkasan kelaziman, dan pemangkasan memperbaiki.


  • Pemotongan Rumput - Rumput dipotong mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti dua kali sebulan. Pada musim hujan, pemotongan lebih kerap dilakukan. Pada musim kering, kekerapan memotong rumput boleh dikurangkan kepada sekali sebulan. Rumput dipotong pada paras yang dikehendaki tanpa merosakkan pertumbuhannya. Rumput yang telah dipotong hendaklah disapu dan dibersihkan untuk mengelakkan perttumbuhan yang tidak sama rata.

  • Penyelenggaraan Yang Lain -Terdapat penyelenggaraan lain yang perlu dilakukan. Aktiviti-aktiviti ini dilakukan secara harian untuk menjadikan kawasan landskap kelihatan bersih, cantik dan menarik. Antara kerja-kerja itu ialah; menyulam tumbuhan landskap yang mati, menyapu daun-daun kering yang berguguran, memungut sampah, membersihkan longkang dan sebagainya.
JENIS-JENIS POKOK HIASAN


Blog ini akan menerangkan  kepada pembaca semua bahawa pokok hiasan mempunyai pelbagai jenis rupa dan sifat yang berlainan. Berasaskan kelainan ini ia boleh dikelompokan kepada benerapa jenis:

i.    Pokok jenis Palma
·         Pokok palma adalah pokok dari  famili Palmae.
·         Biasanya  ia mempunyai satu batang  yang diakhiri oleh sejambak daun.
·         Contohnya Pinang Raja (Cyrtostachys lakka) dan pokok kelapa gading (Cocos nucifera)  : Contohnya jenis palma . Rujuk rajah 1 : Pinang merah

Rajah 1 : Pinang merah

ii.            Pokok Teduhan

·         Pokok teduhan adalah pokok yang ditanam untuk dijadikan tempat teduhan.
·         Ditanam di pinggir jalan atau di kawasan taman untuk berehat.
·         Pokok –pokok ini boleh dibiakan melalui  biji benih, keratan batang atau cantuman.
·         Contoh nya  pokok tembusu (Fragrea fragrans) dan   pokok tulang daing (Milletia atropurpurea). : Pokok Tembesu




iii.           Pokok Renek

·         Pokok  yang mempunyai banyak batang , tumbuh dari pangkal hingga keatas.
·         mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter.
·         Pokok renek dibahagikan kepada 3 jenis:

a.   Pokok renek berdaun
b.   Pokok renek berbunga
c.   Pokok pagaran.

a.    Pokok renek berdaun

·         Biasanya tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang cantik
·         contohnya pokok akalipa kuning (Acalypha hispida)  dan pokok puding (Codiaeum sp).  : Contoh pokok renek berdaun





b.    Pokok renek berbunga 
·         Biasanya mempunyai bunga-bunga yang berwarna menarik atau berbau harum.
·         Ia boleh ditanam secara tunggal atau berkelompok.
·         Contohnya bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) dan pokok bunga kertas (Bougainvillea sp). : Contoh Pokok Renek Berbunga




c.   Pokok pagaran
·         Pokok  renek yang ditanam rapat-rapat di dalam barisan
·         Dijadikan sebagai pemisah atau penanda kawasan disamping sebagai penghias.
·         Pertumbuhan daun dan rantingnya  rapat dan membentuk seperti pagar. 
·         Pokok  pagaran  boleh dibiarkan tumbuh mengikut bentuk semula jadi atau boleh dipangkas mengikut bentuk topian.
·         Boleh dibiakkan melalui biji benih, kerata  batang atau cantuman.
·         Kaedah  penanaman tunggal  adalah dengan menggali lubang berukuran 0.5 x 0.5 x 0.3 meter.
·         Kaedah penanaman pagaran saiz lubang  0.3m dalam  x 0.5m lebar x  panjang mengikut  dikehendaki. Lubang di isi tanah campuran  dan pokok renek  tanam padanya.
·         Contoh pokok pagaran, pokok daun teh (Ehretia microphylla) dan pokok jejari hantu (Alternanthera elliptica).  : Contoh  Pokok Pagaran



iv.  Tanaman Hiasan Tumbuhan Memanjat dan Tumbuhan Menjalar

a.    Tanaman hiasan  tumbuhan memanjat.

Mempunyai 2 jenis :

i. Ia mempunyai tenderil dan pencaku tendril digunakan untuk memanjat  atau membelit sokongan, sebahagian pula ada mempunyai akar  yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.

·         Contohnya pokok nyonya makan sirih (Clerodendron thomsonae) dan pokok bunga kembang songsang atau kembang pagi (Gloriosa superba) .Rujuk gambar 6: Contoh Tumbuhan memanjat mempunyai tendril




ii. Tumbuhan memanjat  jenis  scandent shrubs ialah tanaman hiasan yang tumbuh tegak terapi boleh memanjat jika mendapat sokongan dari pokok lain.
·         Contohnya pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan pokok petrea (Petrea volubilis). Rujuk gambar 7 : Contoh Tumbuhan Memanjat  jenis renek 





    b.    Tanaman hiasan Tumbuhan menjalar.
·         Tumbuhan ini hanya tumbuh melata .
·         Contohnya Hemigraphis (Hemigraphis colorata) dan bunga Ros  Jepun (Portulaca grandiflora). Rujuk gambar 8: Contoh tumbuhan menjalar


Untuk memberi pendedahan  kepada pembaca yang dimuliakan ,   di bawah ini di sajikan berbagai jenis   tanaman hiasan  menarik di Cameron Highlandas